Pulanglah Perantau
Pulanglah Perantau

Pulanglah Perantau

Pulanglah Perantau merupakan album hasil nukilan Aishah yang dikeluarkan pada tahun 2000 oleh syarikat EMI.Album ini pada mulanya dirancang untuk diterbitkan pada 1999, tetapi ia tertangguh selama setahun pengedarannya dan hanya dapat diedarkan pada tahun 2000. S Atan dikatakan telah membuat beberapa ubahsuai muzik kerana penghasilan muziknya sebelum ini tidak memenuhi piawaian. Ini menjadikan berlakukanya peningkatan kos, menyebabkan ia dikatakan paling mahal dalam sejarah penerbitan album hari raya akibat pengubahsuai muzik itu. Album ini memuatkan 2 lagu raya baru 'Pulanglah Perantau' dan 'Senandung Lebaran', manakala lagu-lagu raya lainnya adalah rakaman semula lagu raya malar segar dan sebagai pelengkap album ini, 2 buah lagu yang pernah dipopularkan Uji Rashid dan Saloma, yang diambil dari album Aishah sebelumnya diselitkan. Pemilihan lagu dalam album ini juga hampir sama dengan album raya 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' Sharifah Aini (tahun edaran 1999) yang juga ditangani oleh S Atan. Malah, walaupun 'Senandung Lebaran' merupakan lagu asal Aishah tetapi peminat lagu raya berpeluang mendengar versi Sharifah Aini terlebih dahulu.

Pulanglah Perantau

Dikeluarkan pada 2000 (2000)